Laman Utama
Berita
Soalan Lazim
1
Proses Permohonan
2
Mengenai Mamogram
3
Borang Permohonan
4
Kriteria
5
Pengesahan Permohonan


 
Kanser Payudara merupakan kanser pembunuh utama wanita di Malaysia. Oleh itu, wanita berumur 35 tahun ke atas digalakkan menjalani ujian mamogram selain dari pemeriksaan sendiri payudara dan pemeriksaan klinikal payudara.
 
Siapakah Yang Layak Mendapat Subsidi
Wanita yang layak mendapat subsidi secara PERCUMA adalah warganegara Malaysia atau penduduk tetap berumur 40-70 tahun berpendapatan isi rumah RM10,000.00 dan ke bawah. Manakala wanita yang berpendapatan melebihi RM 10,000.00 ke atas diberi SUBSIDI RM50.00 dan menepati kriteria seperti berikut:
  • mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser payudara
    ATAU
  • wanita yang dirujuk untuk ujian diagnostik mamogram
Bagi wanita berumur 35-39 tahun hendaklah menepati kriteria berikut:
  • Mempunyai sejarah keluarga mendapat kanser payudara pada usia kurang dari 40 tahun;
    DAN
  • Telah menjalani penilaian oleh doktor bagi menentukan sama ada wanita tersebut perlu melakukan ujian mamogram.
Proses Permohonan
Pemohon akan diberi penerangan mengenai ujian mamogram, butir-butir dan syarat bagi permohonan. Semua pemohon yang layak akan menjalani pemeriksaan payudara di klinik Nur Sejahtera terlebih dahulu sebelum dirujuk untuk menjalani ujian mamogram. Keputusan ujian perlu dimaklumkan kepada pihak LPPKN. Sekiranya didapati keputusan adalah abnormal, pihak LPPKN berhak merujuk anda untuk penyiasatan dan rawatan lanjut di hospital.