Skip navigation links
Laman Utama
Berita
Soalan Lazim
Latihan Pemantapan E-Mamogram  
 
 
Latihan
 

Latihan pemantapan penggunaan  e-mamogram kepada pusat mamogram yang berdaftar di bawah Program Subsidi Mamogram LPPKN telah diadakan pada bulan Ogos dan September 2009. Latihan ini meliputi 33 pusat mamogram yang berdaftar di bawah LPPKN di seluruh Malaysia.

 

    

                                                   Sessi Handover bersama Pusat Mamogram

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi penggunaan e-mamogram kepada pusat mamogram yang telah menggunakan sistem ini dan memberi pendedahan kepada pusat mamogram baru yang berdaftar di bawah program ini. Menerusi penggunaan e- mamogram ini, membolehkan pusat mamogram merekodkan hasil keputusan pemeriksaan mamogram secara online dan  seterusnya membolehkan maklumat klien dapat dikongsi secara bersama oleh pihak Klinik dan Pusat Mamogram.

 

                                 

 

Selain itu, aplikasi sistem e-mamogram ini turut membantu dalam melicinkan pengurusan klien, data dan tuntutan bulananan dari pusat mamogram. Latihan ini telah dikendalikan oleh pihak ZPMC, Unit Bantuan Khas Mamogram dan Bahagian Teknologi Maklumat. Apa yang diharapkan dari program ini adalah semua yang terlibat dapat menggunakan aplikasi sistem ini agar  semua pihak mendapat maanfaat darinya.