Skip navigation links
Laman Utama
Berita
Soalan Lazim
Latihan Program Subsidi Mamogram & Pelaksanaan Sistem E- Mamogram 
 
 
 

Pada bulan Jun dan Julai yang lalu telah diadakan satu Latihan Program Subsidi Mamogram dan Pengukuhan Pelaksanaan Sistem e-Mamogram. Program yang dijalankan selama 3 hari 2 malam ini telah diadakan mengikut zon iaitu Zon Tengah,  Zon Utara, dan Zon Pantai Timur. Seramai 90 anggota klinikal dari 53 Klink LPPKN telah menghadiri program ini.

.

                                                               Para Peserta Tekun Mendengar Ceramah Yang Disampaikan

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota klinikal dalam penggunaan sistem e-mamogram  bagi membolehkan pengurusan permohonan subsidi mamogram dapat dikendalikan dengan lebih cekap dan berkesan.

Latihan program subsidi mamogram dan pengukuhan pelaksanaan sistem e-mamogram ini telah mendapat kerjasama dari pihak ZPMC, Unit Bantuan Khas Mamogram, Bahagian Teknologi Maklumat, dan Unit Latihan Bahagian Sumber Manusia.

 

      Ceramah dari Pakar Perubatan

                                                       

Selain daripada latihan pemantapan sistem e-mamogram ini, pelbagai pengisian telah diatur sepanjang 3 hari program ini berlangsung. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah taklimat prestasi mamogram kepada Doktor Sambilan dan kepada anggota unit klinikal, serta ceramah-ceramah dari pakar perubatan turut diberikan.

 

                       Penerangan Dari Pihak ZPMC                                   Taklimat Pretasi program Subsidi Mamogram Kepada Doktor LPPKN

 

Apa yang diharapkan dari program ini adalah supaya setiap peserta mendapat manfaat dan dapat mengaplikasikan pengunaan sistem e-mamogram ini di peringkat Klinik LPPKN.

  

     Siji Penghargaan Kepada Para Peserta