Pada 5 Mei 2010, telah diadakan Lawatan Sambil Belajar ke NCI Hospital sempena Program Promosi Subsidi Mamogram. Tujuan lawatan sambil belajar ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan LPPKN mengenai kanser payudara, agar mudah untuk menyebarkan maklumat mengenai kanser payudara dan mempromosikan subsidi mamogram.

Para peserta tekun mendengar taklimat yang diberikan
Sebaik tiba di NCI Hospital, rombongan disambut oleh pihak Pengurusan NCI Hospital yang diketuai oleh Encik Teh Chee Ghee. Seterusnya peserta dibawa ke Auditorium NCI untuk menyaksikan taklimat multimedia mengenai NCI Hospital dan seterusnya mendengar taklimat mengenai pengesanan awal barah payudara oleh Dr Aslinda Mahat, Pakar Radiologi NCI Hospital.

Taklimat oleh Encik Teh Chee Ghee & Dr. Aslinda Mahat
Peserta juga telah diberi peluang untuk melihat persekitaran hospital. Di akhir lawatan, para peserta telah diberi kesempatan untuk melihat sendiri mesin mamogram. Di sini para peserta dapat melihat bagaimana mamogram dijalankan ke atas wanita dengan lebih jelas.


Apa yang diharapkan menerusi lawatan ini , dapat memberi gambaran yang lebih luas kepada para peserta mengenai kanser payudara dan saringan mamogram dan seterusnya membolehkan para peserta mempromosikan dan memberi penerangan mengenai kanser payudara dan mamogram dengan lebih tepat dan berkesan di peringkat negeri.

Demontrasi saringan mamogram oleh Juru X-Ray NCI Hospital