Pemeriksaan Mamogram Percuma di Hospital Pantai Kuala Lumpur
Pada 30 September 2009, Pantai Hospital Kuala Lumpur mengadakan Kempen " Wear It Pink". Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran wanita terhadap bahaya kanser payudara dan kepentingan pemeriksaan mamogram ke atas wanita. Antara pengisian kempen tersebut adalah seperti forum awam, road show dan pameran. Majlis tersebut juga akan diserikan lagi dengan perasmian oleh Y.B Senator Dato Sri Sharizat Abdul Jalil pada 12 Oktober 2009.
Sepanjang program ini berlangsung, pihak Pantai Hospital Kuala Lumpur turut berbesar hati menawarkan 200 pemeriksaan saringan mamogram secara percuma kepada individu yang berdaftar di bawah Program Subsidi Mamogram LPPKN di sepanjang bulan Oktober dan November. Orang ramai dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut. Maklumat lanjut mengenai kempen tersebut boleh diperolehi dari Klinik - Klinik LPPKN dan juga menghubungi pihak Pantai Breast Care Centre di talian 03-22960837

|