Skip navigation links
Laman Utama
Berita
Soalan Lazim
Promosi Subsidi Mamogram Secara Percuma di Country Heights Health Tourism 
 
 
 

Bagi meningkatkan kesedaran wanita terhadap bahaya kanser payudara. Baru-Baru ini Country Heights Health Tourism yang merupakan salah sebuah Pusat Mamogram berdaftar di bawah Program Subsidi Mamogram telah menawarkan saringan mamogram secara percuma  ke atas 500 klien yang dirujuk oleh LPPKN.

Promosi ini adalah bertujuan untuk mengesan kanser payudara  pada peringkat awal di kalangan wanita terutamanya kepada wanita yang berpendapatan rendah dan sederhana . Program ini juga merupakan usaha sama antara antara pihak Country Heights Health Tourism dengan Lembaga Penduduk Pembangunan Keluarga Negara.

Orang ramai dijemput untuk sama-sama menyertai program ini. Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapatkan di Klinik-Klinik LPPKN seluruh Malaysia.