Skip navigation links
Laman Utama
Berita
Soalan Lazim
Program Promosi Subsidi Mamogram 
 
 
 

Program Promosi Subsidi Mamogram telah diadakan pada 4 Mei 2010 sehingga 6 Mei 2010. Seramai 36 wakil penerangan dari setiap LPPKN negeri telah menghadiri program yang berlangsung selama 3 Hari.

 

                            

                      

                                                                                                 sesi perbincangan kumpulan

Objektif program ini diadakan adalah  untuk meningkatkan lagi Promosi Program Subsidi Mamogram dan mempergiatkan kerjasama dalam menjalankan aktiviti Promosi Subsidi Mamogram di peringat negeri. Melalui program ini juga, ia merupakan salah satu usaha untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai kesihatan payudara dan pentingnya pengesanan awal kanser payudara.

 

                           

                                                                   sesi berkongsi pengalaman dengan kumpulan sokongan NCSM

Selain dari memfokuskan mengenai strategi untuk meningkatkan Promosi Subsidi Mamogram pelbagai intipati program telah dilaksanakan sepanjang 3 hari program ini dijalankan. Antaranya adalah taklimat prestasi Program Subsidi Mamogram, ceramah mengenai kanser payudara yang disampaikan oleh pakar perubatan dari NCSM dan slot berkongsi pengalaman dengan kumpulan pesakit kanser. Apa yang menarik melalui program ini para peserta telah dibawa ke salah satu Pusat Mamogram yang berdaftar di bawah Program Subsidi Ujian Mamogram, iaitu NCI Cancer Hospital Bandar Baru Nilai untuk melihat dengan lebih jelas bagaimana saringan mamogram ini dijalankan ke atas wanita.

                        

                                                                                 Ceramah oleh Puan Kamarul Faridah, Dr Saunthari Somasundaramdan Dr Sulaiman Tamanang

Di akhir program, para peserta berpeluang mendengar ceramah dari Nizal Mohamed yang mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang perhubungan awam, mengenai  teknik-teknik meningkatkan dan memantapkan lagi  promosi di peringkat negeri.

                        

 

Diharapkan melalu program seperti ini, dapat meningkatkan pengetahuan para peserta mengenai kanser payudara dan seterusnya dapat mempromosikan Program Subsidi Ujian Mamogram ini diperingkat negeri dengan lebih berkesan.

        

                                                    Para peserta bengkel kejurulatihan smart belanja dan program promosi subsidi mamogram