Skip navigation links
Laman Utama
Berita
Soalan Lazim
Skim Pembekalan Prothesis Luaran Payudara Dan Coli Khas Bagi Pesakit Kanser Payudara 
 

Kerajaan telah meluluskan Skim Pembekalan Prostesis Luaran Payudara dan Coli Khas Bagi Pesakit Kanser Payudara. Satu sidang media bagi mengumumkan pelaksanaan skim tersebut  telah diadakan pada 9 Julai 2010  oleh YB. Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Skim ini  merupakan kesinambungan  kepada Program Subsidi Mamogram LPPKN yang diwujudkan  pada tahun 2007. Tujuan skim ini adalah untuk mengurangkan beban kewangan dan emosi yang ditanggung oleh pesakit kanser payudara, dengan ini  diharap mereka dapat meneruskan kehidupan  seperti biasa dengan lebih yakin.

Skim bantuan ini akan diuruskan oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dengan kerjasama Hospital Kerajaan, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan pertubuhan bukan Kerajaan.

 Kriteria Kelayakan

(i)     warganegara Malaysia atau penduduk tetap, tanpa mengira had umur;

(ii)    pendapatan isi rumah kurang daripada RM5,000 sebulan;

(iii)   menjalani rawatan di hospital Kerajaan dan disahkan menghidap kanser payudara oleh pegawai perubatan hospital berkenaan; dan

(iv)   permohonan telah diperakukan oleh Pegawai Kerja Sosial   perubatan yang bertugas di hospital Kerajaan.

 Jenis Bantuan

(i)                (i)  pembekalan satu  (1) unit prostesis luaran payudara

(ii                (ii) pembekalan dua (2)  pasang coli khas pasca mastektomi

  Cara memohon

      (i)     Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan boleh memohon melalui Pegawai  Kerja                    Sosial Perubatan Hospital Kerajaan.

            (ii)    Pihak YKN akan memaklumkan keputusan permohonan kepada pihak hospital melalui telefon atau faks   
                   dalam tempoh  tujuh (7) hari bekerja.

           (iii)  Bagi kes yang lulus, pembayaran akan dibuat oleh pihak YKN terus kepada pembekal.