Skip navigation links
Laman Utama
Berita
Soalan Lazim

Talian Careline:
1-800-88-7019
 
Talian Khidmat Pelanggan Kesihatan Reproduktif:
03-26938877
Bilangan Pelawat:
120557
Kata Aluan Menteri - YB. Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil
Program Subsidi Mamogram merupakan inisiatif Kerajaan untuk meningkatkan kesedaran wanita mengenai kesihatan payudara serta kepentingan pengesanan awal kanser payudara.
[seterusnya]
Kata Aluan KP - Y.Bhg. Dato' Aminah Binti Abdul Rahman
Program Subsidi Mamogram adalah satu langkah kerajaan untuk menggalakkan pengesanan awal kanser payudara. Ia ditujukan kepada wanita berumur 35 – 69 tahun untuk menjalani ujian mamogram di pusat-pusat mamogram swasta yang berdaftar dengan LPPKN...
[seterusnya]
  Pengesanan Awal Menyelamat Nyawa
       Kerajaan dalam pembentangan Dasar Bajet 2007, telah meluluskan permohonan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk memberi subsidi sebanyak RM50.00 bagi setiap ujian mamogram yang dijalankan oleh wanita di pusat-pusat mamogram swasta yang berdaftar dengan LPPKN.
      Tujuan pemberian subsidi ini adalah untuk menggalakkan wanita dalam kategori layak melakukan ujian mamogram bagi pengesanan awal kanser payudara.
      Wanita yang berminat boleh memohon melalui klinik-klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh negara. Pemohon yang layak akan menjalani pemeriksaan payudara di klinik Nur Sejahtera LPPKN terlebih dahulu sebelum dirujuk untuk menjalani ujian mamogram.