Kata Aluan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
KETUA PENGARAH LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA
Salam kekeluargaan,
Program Subsidi Mamogram adalah satu langkah kerajaan untuk menggalakkan pengesanan awal kanser payudara. Ia ditujukan kepada wanita berumur 35 – 70 tahun untuk menjalani ujian mamogram di pusat-pusat mamogram swasta yang berdaftar dengan LPPKN. Bagi isi rumah yang berpendapatan RM 10,000.00 dan ke bawah, kos ujian mamogram adalah percuma. Di mana saringan mamogram bagi wanita berkenaan akan dibiayai sepenuhnya oleh LPPKN. Bagi isi rumah yang berpendapatan RM 10,001.00 dan ke atas pula, Wanita perlu membayar sebahagian daripada caj yang dikenakan oleh pusat-pusat mamogram berkenaan dan subsidi sebanyak RM 50.00 diberikan bagi setiap ujian yang dijalankan. Wanita yang ingin menjalani ujian mamogram, boleh mengunjungi klinik-klinik LPPKN di seluruh negara untuk mendaftar dan sekiranya layak akan dirujuk untuk menjalani ujian mamogram.
Bagi membolehkan lebih ramai wanita menikmati subsidi ini, LPPKN telah menyediakan kemudahan e-mamogram bagi permohonan subsidi secara online. Melalui e-mamogram juga pengurusan klien, rujukan, sistem peringatan, pemantauan, susulan dan penyimpanan data dapat dijalankan. Adalah diharapkan juga pengurusan program akan menjadi lebih effisien dan sistematik di semua peringkat pelaksanaannya. E-mamogram juga membolehkan perkongsian data yang berkesan dengan agensi-agensi kerajaan dan lain-lain badan yang berkaitan dengan kanser payudara.
Semoga subsidi mamogram ini dapat memberi faedah kepada semua wanita yang memerlukannya dan e-mamogram ini merupakan salah satu inisiatif LPPKN ke arah matlamat tersebut.
Kembali