Program Subsidi Mamogram adalah satu langkah kerajaan untuk menggalakkan pengesanan awal kanser payudara. Ia ditujukan kepada wanita berumur 35 – 70 tahun untuk menjalani ujian mamogram di pusat-pusat mamogram swasta yang berdaftar dengan LPPKN. Bagi isi rumah yang berpendapatan RM 10,000.00 dan ke bawah, kos ujian mamogram adalah percuma. Di mana saringan mamogram bagi wanita berkenaan akan dibiayai sepenuhnya oleh LPPKN. Bagi isi rumah yang berpendapatan RM 10,001.00 dan ke atas pula, Wanita perlu membayar sebahagian daripada caj yang dikenakan oleh pusat-pusat mamogram berkenaan dan subsidi sebanyak RM 50.00 diberikan bagi setiap ujian yang dijalankan. Wanita yang ingin menjalani ujian mamogram, boleh mengunjungi...
Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terutama wanita mengenai kanser payudara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah melaksanakan Program Subsidi Ujian Mamogram. Program ini menyasarkan kepada wanita warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang berumur 40-70 tahun yang layak bagi mendapat saringan ujian mamogram...